Saturday, August 18, 2007

Pengalaman Berurut dengan Pak Mus

Citer kedua ni aku kasi tajuk.. "Pengalaman saya sewaktu berurut tubuh dan berbekam oleh Pak Mus".

Pukul 7.30 pagi aku dah bangun, bertolak ke Wangsa Maju, gi amik si Syr. Abang Azzauri dah booking awal-awal lagi hari Ahad, untuk kami bertiga pergi berurut dan berbekam. Inilah first time dalam hidup aku pergi berurut badan, suci murni lagi tubuh aku. Hahahaha.

Lebih kurang kol 8.40, aku, Syr dan abang Azzauri menuju ke Seri Gombak, rumah Pak Mus. Mulanya aku ngan Syr ingat dia duduk rumah setinggan, bila sampai je, WAH, rumah teres corner lot lagi. Lawa pulak tu. Ada Honda City parking kat laman rumah. Kagum aku, keje berurut jer tapi boleh hidup camtu.

Kata Abang Azzauri, rezeki Pak Mus ni mudah pasal dia tak mintak duit kalau berurut. Seikhlas mungkin. Dan yang datang berurut pon bukan calang-calang orang, kerabat pon ada. Terasa bangga lak kalau aku dapat berurut dengan Pak Mus nih. Tak pilih orang, niat dia nak tolong, ada duit lebih, dia kasi anak yatim. Bagus sungguh.

Sesampai je kami, Pak Mus sambut ketibaan kitorang. Ingatkan dah tua! Nampak muda siot. Umur dah 50-an, tapi tegap dan fit. Maklumlah tukang urut. Aku cuak je tengok tangan Pak Mus yang nampak keras dan timbul urat-urat, tanda pengalaman dia yang tinggi. Lepas bersalam-salam dengan Pak Mus, tanpa berlengah lagi, Syr jadi orang pertama, masuk ke bilik urut. Tinggallah aku dengan Abang Azzauri kat luar melayan suratkhabar... Sorang sejam, lama jugak nak nunggu. Sambil-sambil tu berborak dengan bini Pak Mus pasal hal2 isu semasa.

Lepas sejam, Pak Mus panggil orang seterusnya. Kebetulan aku dah tertido kat sofa, mamai jugak lah bangun2 kene gi masuk bilik urut. Tapi nak sihat punya pasal, aku masuk jugak. Waaa, bilik urut tu memang bersih, konfiden aku tengok. Kat dinding tertampal carta pasal otot-otot dan tulang. Pastu aku nampak bekas kaca untuk bekam yang bersih-bersih. Menurut Pak Mus, sebulan sekali, Kementerian Kesihatan akan datang check kebersihan bilik dia. Lulus kata diorang. Boleh beroperasi.

Pak Mus soh aku tanggal sume baju, pakai tuala khas je. Pastu meniarap kat katil urut mcm stretcher kat hospital tuh. Elok-elok aku baring, dengar suara syr di balik langsir yang tertutup daripada tadi.

"Hehehe, sakit woo Lan. Aku tengah mandi wap ni. Sakit mcm kena hempap traktor." kata Syr.

Cuak jugak aku dengar. Tapi takde pulak dengar Syr terjerit-jerit, mesti nak kelentong aku. Tapi lepas beberapa minit Syr muncul daripada balik langsir, dah setel mandi Wap. Mak aih... berpeluh sakan! Nampak tanda bekas kat badan, sebab berbekam. Nampak macam sakit.. adeh.

"Aku nak terkencing laa Syr.. aduh.." kata aku.

"Haa, kalau ko nak kencing, baik ko buat sekarang. Nanti time urut mau terkencing atas katil tuh. Dah, aku nak duduk luar, taknak dengar ko jerit." jawab Syr. Cis... saiko aku siot.


5 minit jugak aku menunggu Pak Mus. Rupanya dia tengah panaskan minyak akar kayu yang nak dibuat berurut. Wangi. Aku dah cuak duduk sorang2 dalam bilik. Tengah dok pikir macam-macam, tetiba Pak Mus masuk.

"Haa, dah ready ye Lan??" tanye Pak Mus.

"Err.. ready kot." aku jawab dalam yakin tak yakin.

Pastu aku dengar Pak Mus terkumat kamit baca ayat al-quran, siap doa dalam bahasa melayu mintak dimudahkan time urut. Aku pon turut berdoa dalam hati, janganlah ade silap nanti.

Abis je baca doa, Pak Mus pon terus start berurut. ADOII! Baru starting aku dah tergeliat mcm haram. Tangan Pak Mus yang keras tuh rasa macam elektrik, tapi betapa smoothnye dia urut, rasa mcm Pak Mus tu ada 8 tangan! Siyes dohh!! Kagum aku.

"Banyak angin ko ni Lan." tetibe Pak Mus bersuara.

"Hehehe, ini first time saya pergi urut2 ni Pak Mus." aku jawab.

"Itulah. Badan tak berusik! Takpe ye Lan, nanti aku betulkan. Hehehe." cuak lak dengar dia cakap camtu.

Sepanjang dia urut belakang aku, memang sakit woo. Silap, bukan sakit, tapi nak cakap camne pon tatau. Korang amik satu kayu, pastu korang tekan kayu tu kat badan korang, pastu cuba turun naikkan kayu tu tanpa meninggalkan badan korang. Macam tu laa aku rasa. Sepanjang sesi mengurut, tak habis-habis bunyi letup dalam badan aku. Dengar kat telinga tau, bukan rasa daripada dalam badan!

"Haaa.. ini kita nak buang, bijik2 ni. Angin semua ni." kata Pak Mus.

Aku takleh nak cakap apa pasal aku sibuk mendengus. Ditekan-tekannya lengan kiri aku, dan serentak dengan tu jugak aku mendengus. Bak lembu baru lepas kena sembelih. Waduhhh, sakit yang teramat! Tapi bila Pak Mus urut tempat lain, part yang baru sudah diurut tu terasa lega dan segar mcm aku dapat tubuh baru!

Lepas dia dah urut belakang aku, tibalah masa untuk berbekam angin. Pak Mus tanya aku, boleh tak nak bekam ni, kira macam mintak izin. Aku cakap, teruskan saja, alang2 dah sakit kene urut tadi. Tergelak Pak Mus. Pastu aku terasa pedih, huhuhu, dah letak pon. PEDIH GILER mende ni sedut angin! Adelah dalam 3 bekas kaca die lekat kat belakang aku.. PEDIH!!!!

Sementara berbekam angin kat belakang, Pak Mus pindah kat kaki pulak. Haaa, yang ini, aku dah tak tahan. Kalau tadi aku mendengus, sekarang aku menjerit!!! Gile ko, rasa macam kene siat. Tapi lepas tu rasa best. Sakit, Pedih diganti dengan Lega dan Segar! Memula kaki kanan dia buat, pastu kaki kiri. Time ni, bunyi letup angin tu takleh nak kira dah. Macam lagu pon ada. Selang seli dengan jeritan aku.

Lepas urut, bekam angin pulak. Masa dia cabut bekam angin yang dah siap.. terdengar bunyi psssttt kuar.

"Ko dengar tak bunyi tuh?" tanya Pak Mus.

"Dengar..adeh.." jawab aku.

"Haaa, itulah angin-angin yang ada dalam badan ko. Banyak. Siap kuar bunyi macam kentut." seloroh je Pak Mus. Kahkahkah. Padan ler aku suke kentut (tapi bersendirian, depan orang aku tak buat, so korang jgn risau lah time lepak ngan aku).

"Hish, banyak asid urik kat kaki ko ni. Kaki Kanan dah bengkak. Aku buat bekam darah, boleh Lan?" tanya Pak Mus tetiba.

Cuak aku bila dia tanya camtu. Tapi aku angguk lemah. Buat sajaaaaa. Bila aku stuju, Pak Mus soh aku tahan nafas. Elok aku tahan, dia amik pisau dan buat 2 baris calar kat belakang lutut aku. Terasa pedih sikit, tapi sebab tahan nafas, tak terasa sangat. Gitu rupanya...

Skang ni kedua-dua belakang lutut aku tengah bekam darah. Aku pon tatau ler camne rupenye masa tu pasal aku meniarap. Tapi aku terdengar bunyi suara Abang Azzauri masuk bilik kejap, pastu tanya aku OK ke tak. Aku cakap je laa OK. Pastu dengar dia dok borak ngan Pak Mus, bunyi macam banyak je darah kuar.

Pak Mus suruh aku relaks... sementara tu diorang lepak kat luar berborak. Nasib baik dia pasang radio dalam bilik, bolehlah layan. Tapi cenel Klasik Nasional, first time aku dengar cenel ni kat radio. Layan je lahh tahan sakit...

Lebih kurang 10 minit camtu, Pak Mus masuk balik.

"Huish, banyak sungguh asid urik ko. Slalu makan udang, sotong? Kerang, ketam, seafood ape2?"

"Erk, udang ngan sotong Pak Mus."

"Haa, lepas ni ko kene kurangkan makan. Nanti dah betul2 ok, baru ko sebat macam biasa." nasihat Pak Mus. Adeh. Terpaksalah...

Pak Mus tanggal bekas bekam darah tuh, pastu terasa lega yang amat kat kaki aku. Terasa ringan, kalau boleh time tu jugak aku nak tendang bola. Lepas dia lap-lap darah yang kuar, Pak Mus tunjuk kat aku.

"Haaa, ko tengok nih." tunjuk Pak Mus. Wah wah. Aku igtkan darah yang kuar, tapi rupanya bukan. Mende tuh macam lendir-lendir sikit, macam hingus, tapi lagi pekat dan berwarna gelap merah darah. Itu ke mende yang dia sedut daripada tadi? Banyak lak tuh. Kata Pak Mus, itulah asid urik, yang sekat perjalanan darah. Selalunye terkumpul kat bahagian belakang lutut sebabkan tarikan graviti. Adanya mende berlendir ni membuatkan kalau berjalan rasa lenguh, kalau bersila boleh cramp.

"Ada rasa pening2?" tanya Pak Mus.

Aku jawab takde. Dia kata bagus. Sebab kalau pening-pening tu tandanya darah tak cukup dalam badan. Kata Pak Mus lagi, ada setengah orang buat 2 bekas bekam darah pon dah pening, ada orang buat 4 steady lagi. Tapi standardnya, 2 je.

Lepas dah bersihkan kaki, dia soh aku turun naikkan kaki macam tengah berenang. Fuyoooo, gile ringan! Laju melampau. Rasa taknak stop lak. Siyes tak tipu, kaki terasa mcm baru.

"Ok.. pusing."

Haaa??? Aiseh. Die ni sah-sah nak urut depan jugak. Aku dah cuak. Pasal Syr ngan Abang Azzauri dah cakap tadi, fullbody massage punye. Siap dengan bawah tu pon dia akan tarik.

"Erk, urut kat situ gak ke Pak Mus???" tanya aku malu-malu.

"Yer lah."

"Tapi malu ni.. saya tak pernah terdedah bawah tu kat sapa2...." aku cuba membangkang.

"Apa ko nak malu. Mana ade orang lain dalam bilik ni lagi. Aku dah tengok ramai dah, toksah malu." selambe je Pak Mus tu jawab.

"Aiseh..." aku mengeluh.. Risau ni beb.

"Alang-alang ko dah overhaul badan, overhaul sumer terus laah. Dah-dah cepat pusing, hehehe." kata Pak Mus sambil menyeringai menampakkan giginya yang berterabur. Aduh. Nak taknak terpaksa jugaklah aku.

"Ready Lan??"

"Erk... ok.. ready lah pulak. Cuak ni..."

TU DIAA!! Urut kat depan lagi dasyat daripada urut kat belakang! Kaw-kaw punye tekan, mungkin pasal aku nampak dia tengah urut kot. Mule2 kepala, pastu muka, pastu badan, pastu perut.. Tapi bila dia masuk kaki... Tak TAHAN!! Kadar jeritan aku yang biasa-biasa tadi dah bertukar mcm tengah menyanyikan lagu part korus! High PITCH!!

Part kaki tu dia urut memang gile. Terasa nak tertanggal. Ngilu ada, pedih ada, macam kene tumbuk pon ada. Nak lagi bila kat bahagian pinggang. Aku menjerit-jerit macam orang gila. Dengar jugak laa Syr ngan Abang Azzauri ketawa terbahak kat ruang tamu. Itu padahal pintu tutup. Kalau pintu bukak, lagi laaaaaa.

Akhirnya... sampai jugak part tarik bawah tuh. Aku dah berpeluh2 kecuakan. Tahan napasss kata Pak Mus. Cepat-cepat aku tahan... MELETUP MELETUP MELETUP MELETUP! Tu diaaaa, dia tarik mcm orang gilaaaa. Mulanya aku sangka, kalu urut bawah tu, macammana kalau stim kan? Tapi arituh dah terjawab. Tak sempat nak stim baiiii, ko menjerit adalah. 5 kali jugak dia tekan, erk, mende2 kat bawah tuh sampai aku tak larat nak jerit tapi terpakse menjerit gak. Last skali.. dia soh aku tahan nafas dalam-dalam. Pastu, 3 saat pastu, tarikan yang maha hebat telah dilakukan oleh Pak Mus sampai rasa macam nak tertanggal jambakan terunaku! SUPER POWER DUPERRRRRRR AAAAAAAAAAA SAKITTT YEOWWW WOOHOOOO GILER AH!!!

Abis dah semuanya... Pak Mus soh aku pergi balik langsir dalam bilik yang sama dan mandi wap. Masuk dalam beg khas, pastu zip tinggal kepala je keluar. Tujuannya ialah untuk mengeluarkan peluh2 toksik sebabkan bekam tadi. Duduk selama mana yang ko tahan, kata Pak Mus. Aku duduk dalam 15 minit pastu terpaksa keluar, dah banjir dalam beg tuh.

Keluar keluar, terasa diriku ini orang baru. Segar. Mantap. Power. Kalau main bola ni boleh tahan sejam lebih jugak. Sesi seterusnya ialah sesi borak2 dengan Syr sementara menunggu Abang Azzauri habis giliran dia pulak. Masing2 menceritakan pengalaman masing2...

Lebih kurang pukul 2 petang, kitorang beransur, itupon pasal tak larat nak layan Pak Mus bercerita. Kalu dilayan sampai ke malam pon tak habis. Syr ngan Abang Azzauri tak sabar-sabar nak balik rumah, nak test kat bini masing2. Cis. Aku nak test kat mana? Hehehehe, takde tempat nak test, so biar ajelah.

Dalam kereta, dalam perjalanan balik.. Syr cakap kat aku..

"Sian ko. Mesti ko ingat, orang pertama pegang bawah ko, bini ke awek cun ke.. sekali Pak Mus yang rasmikan dulu. KAHKAHKAH"

Cipet...

Sekian sajalah cerite daripada pengalaman aku..

31 comments:

whoishe said...

Salam Bro,
Kat mana exactly rumah pak mus ni...aku pun penah dengar nama dia tapi tatau kat mane. nak gi urut kaki ada salah urat ni.

boleh bgtau kat muhdhafiz[at]gmail.com

tengkiu bro.

DeQ-Wan said...

abg, sy nak tau gak... dah lama tak urut.... badan2 ni dah saakit2....dapt urut satu badan best gak... bleh bagi alamat or num phone dia ker...antar kat email saya

vascodagama_mrworld_airone@yahoo.com

Anonymous said...

boleh bagi contact and address pak mus tukang urut tu tak?

Anonymous said...

email kat saya adress and contact no..ok

Apai 3.0 said...

salam bro..
ada lagi contact pak mus ni..

tlg fwd add dan contact
mfairuz.ashtech@gmail.com

mohd taufik said...

Bro,boleh bg alamat dan no tel pak mus x?

taufiek_san@yahoo.com

Unknown said...

Salam bro.
Bley tlg forward kan contact pak mus nie x

umar.amri88@gmail.com

RuangIklan said...

nak tahu gak mana

http://ruangiklan.com
http://urutspa.com
http://cheapprepaid.blogspot.com

JualOnline said...

Email contact pak mus zulkarnain3389@gmail.com

Unknown said...

Salam Lan.. Boleh bagi contact dan alamat pak mus.. send ke inbox rahmatavenger@gmail.com

Unknown said...

Salam Lan.. Boleh bagi contact dan alamat pak mus.. send ke inbox rahmatavenger@gmail.com

Unknown said...

Salam Lan.. Boleh bagi contact dan alamat pak mus.. send ke inbox rahmatavenger@gmail.com

Unknown said...

as'salam...
Tlg bagi no hp dan alamat pak mus boleh? Tq... papahatta@gmail.com

Unknown said...

Salam. Boleh sy dpt no hp dan alamat pak mus.email mfazirul@gmail.com. Tq

Unknown said...

Salam. Boleh sy dpt no hp dan alamat pak mus.email mfazirul@gmail.com. Tq

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Pijoe said...

Salam..saya nak buat jejak kasih pak mus..12 tahun dahulu saya selalu pegi berurut dgn pak mus..now lost contact..kalau boleh bagi phone number pak mus please. Thank you very much..my email : whasfizul@gmail.com

Pijoe said...
This comment has been removed by the author.
Pijoe said...
This comment has been removed by the author.
hafizmhb said...

salam..boleh dptkan nombor n alamat rumah pak mus.. sekian terima kasih.. hafizberan@gmail.com

Iskandar said...

Salam Boleh dptkan no pak Mus..Nk try laa..time kaseh

Khairoomin@gmail.com

kanokizi said...

Salam.. Bleh share contact n address pak mus..
rossnor@yahoo.com

Shaguero said...

Boleh share contact pak mus ke shaguero298@gmail.com

Unknown said...

Sy jg perlukan contact no dia.Dulu selalu pegi berurut dgn dia tp contact no dia hilang..dh susah nak booking

Unknown said...

emel saya akuanep@yahoo.co.uk

Unknown said...

Salaam.pm no Pak mus. NK try lar .pm kt email sy k. zacklinawcrc@gmail.com

Unknown said...

Pm sy no Pak mus. zacklinawcrc@gmail.com

Anonymous said...

Bg no contact pak mus

Unknown said...

Bagi no pakmus bole tak ? Direct ws no husb sy, sebab husb xde email.. +60138559875 nama husb sy farhan, husb kerap sakit dada n badan pastu ade keturunan angin pasang.

Unknown said...

Ni no contact Pak Mus 0361868926

sahirahignatowski said...

No Deposit Bonus 2021 - DRMCD
Best No Deposit Casino 서울특별 출장샵 Bonuses For UK Players This 창원 출장안마 type of 태백 출장샵 bonus comes in both 거제 출장안마 cash and casino bonuses. If you are 김천 출장안마 a player who likes to play